http://www.youtube.com/watch?v=YKN5jW8WJ9Y
ToLONG TeGOKK
Iklan Hari Raya terbitan TV3 dengan tema Sinari Lebaran dilihat sebagai usaha untuk menyelitkan unsur-unsur tahyul dan khurafat serta boleh memesongkan akidah umat Islam terutamanya kanak-kanak yang menontonnya.
Mengapa perlu diselitkan adegan orang Islam yang berwatakan ala-ala 'Santa Claus' dengan basikal terbang yang begitu mirip dan sinonim dengan perayaan Christmas oleh orang-orang Christian?
Unsur agama Buddha pula dimasukkan dengan bunga lotus.
Perlukah kita mengutip kembali episod 'kongsi raya' yang diadakan dahulu iaitu berkongsi 2 raya berlainan agama dalam satu?
Sampai kesitukah misi 1Malaysia atas nasihat Apco Yahudi memesongkan akidah umat Islam?
Tidak cukupkah perayaan Aidilfitri tahun ini dicemari dengan fitnah dan pembohongan tentang ajaran Islam oleh politik perkauman melampau?
Terlampau canggih sehingga nilai keagamaan dibelakangkan.
Konsep 1Malaysia, siapa yang rugi? Sudah pasti akidah umat Islam itu sendiri.
Saturday, September 4, 2010
Monday, August 23, 2010
Antara Violet n Bilal bin Rabah
salam 14 ramadhan malam ni ana berbuka di masjid seri manja...ehemm seperti biasa selepas mgajar anak seorang pengajar...ok abaikan...ana terus menyarung baju melayu violet huhu tumpang motor sahabat berkonvoi bersama wan n amzar..sesampai seawal 7.15 di sekitar masjid tesebut,,,huhu kami laa diantara yang terawal,,,nampak sekitar masjid ramai org berpusu-pusu masuk dalam masjid,,tetiba ada sorg hamba Allah separuh umur laa mungkin ajk masjid menjemput para jemaah mengambil makanan..hahah kami pon berbaris menunngu giliran lauk di sendukkan kedalam pinggan,,,pabila tiba giliran ana ermmm teliur jugak pabila tgok lauk ikan keli disendukkan ditambah dgan pajeri nenas ermmmm sedappp jgak,,,,ana mengambil pencuci mulut kuih lapis dan buah tembikai susu..ermmm duduk la kami bertiga didalam sebuah khemah,,,tetiba datang satu kumpulan mamat kulit hitam mungkin dari afrika gamaknye,,terdetik dalam hati ni hihi..memikirkan musim bola sepak piala dunia yang baru lepas di afrika hahha ,,,terukk tul..hmmm sambil menunggu laungan azan ana sempat berdoa seperti perkara sunnat sebelum waktu berbuka,,,sambil mata memerhati gelagat mamat td bersembang,,ntoh ape bahasa pon ana xpaham ...tp hati ni memekir jugak perihal sahabat nabi yang bernama Bilal bin Rabah yang dikenali sebagai yang berkulit gelap,,tetiba hati ku berkata hmmm walaupon mereka kulit gelap mungkin iman dihati mereka lebih tebal n hebat,,,berbanding diri ini.huhu,,laungan Azan pon berkumandang dgan lafaz bismillah ,,,ngapppppp
Gejala sosial: Syariat Islam adalah penyelesaian
Oleh: episodeperjuanganblogspot
1. Saya mewakili seluruh saff Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat malah seluruh warga pemuda Islam menyokong penuh kenyataan YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar mengambil Islam sebagai jalan penyelesaian terhadap kemelut gejala sosial yang kian membarah mutaakhir ini.
2. Barah sosial atau penyakit masyarakat hari ini adalah berpunca daripada maksiat dan mungkar yang berleluasa malah perkara ini telah diketahui umum . Malangnya masih ramai yang masih berdegil untuk bertahan di bawah satu sistem yang gagal sejak lebih 50 tahun yang lalu .
3. Ternyata sistem yang dicipta oleh manusia hari ini mempunyai 1001 kelemahan dan terbukti tidak mempunyai keupayaan tinggi mengatasi masaalah sosial , jenayah malah juga penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang semakin ketara .
Lebih 50 tahun rakyat bersabar menghadapi musibah dan becana besar menimpa negara dan rakyat .
Kini keadaan tidak mungkin lagi boleh dibiarkan walau untuk tempoh yang dekat . Peradaban dan tamaddun sedang runtuh bersama lunturnya nilai budi dan maruah ummah.
4. Al Mursyidul Am PAS Tuan guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan supaya perlaksanaan syariat Islam dan hukuman hudud dijalankan sementara pelbagai pihak mula mencari formula bagaimana mahu mengatasi kemelut sosial yang parah ini .
Karpal Singh sendiri mencadangkan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas penjenayah yang saya kira jauh lebih berat dari hukuman hudud atau syariat Islam yang ditolak olehnya .
5. Saya kira inilah masa yang tepat untuk Islam dan syariatnya dilaksanakan . Kenapa mahu menolak, sedang masyarakat dan negara belum menyaksikan bagaimana syariat Islam beroperasi membetulkan segala sistem nilai dan maruah bangsa yang tercalar teruk pada hari ini ? Sangat tidak adil jika Islam ditolak sementah itu sedang peluang ia membuktikan kemampuan dan keupayaan menyelesaikan barah sosial negara belum diberikan .
6. Dewan Pemuda PAS Pusat sedia bertemu dengan Yb. Karpal Singh dan Yb. Lim Kit Siang bagi menjelaskan bagaimana syariat Islam dan hukum hudud ini boleh berperanan memulihkan satu peradaban yang kian runtuh pada hari ini .
Bahkan Dewan Pemuda PAS bersedia untuk bertemu dengan siapa jua yang memerlukan penjelasan mengenai perlaksanaan syariat Islam ini termasuk pihak pemerintah.
7. Sementara undang - undang atau peraturan yang ada pada hari ini gagal merawat dan mengubati penyakit masyarakat yang melanda teruk hari ini kenapa tidak kita menerima perlaksanaan syariat Islam .
menerima perlaksanaan syariat Islam bukan bermakna non muslim dipaksa memeluk ajaran Islam .
8. Lojiknya selama ini kita boleh menerima dasar dan peraturan yang digubal oleh British sedang kita semua bukanlah orang British , maka apa masaalahnya jika negara yang majoriti penduduknya adalah muslim melaksanakan syariat Islam.
Bukankah sistem yang sedia ada itu telah gagal melahirkan sebuah masyarakat yang soleh dan sejahtera ? Realiti ini diakui oleh semua sehingga kini Karpal Singh juga mencadangkan hukuman yang lebih berat .
9. Justeru itu , langkah bijak ialah menukar sistem kepada yang lebih baik , adil dan berkesan . Perlu diingat bahawa keberkesanan sesuatu jalan penyelesaian bukan hanya dilihat kepada berat dan kerasnya hukuman tersebut tetapi dilihat kepada sejauh mana ia mampu menimbulkan keinsafan dan kesedaran dikalangan masyarakat khasnya penjenayah terbabit.
Maka syariat Islam bukanlah sekadar hukuman semata - mata tetapi penyelesaian bestari dan hikmah .
10. Di sinilah saya melihat Islam perlu diberi peluang justeru Islam mempunyai pakej penyelesaian yang cukup baik . Bermula dari :
Pendidikan atau pentarbiyahan
Pembinaan atau pembentukan minda dan peribadi
Pencegahan atau kawalan
Pemantauan
Alternatif
Hukuman setimpal
11. Islam tidak berhenti di atas hukuman semata - mata . Malah hukuman Islam sebahagiannya jauh lebih ringan berbanding hukuman ciptaan manusia yang ada pada hari ini .
Hukuman berat dan keras tidak menjamin sesuatu hukuman itu berkesan seperti hukuman mandatori gantung sampai mati ke atas pengedar dadah , biarpun hukuman itu keras dan berat namun realitinya pengedaran dadah semakin berleluasa . Jelas ianya tidak berkesan ! lantaran hukuman itu tidak mempunyai pakej sebagaimana syariat Islam .
12. Saya percaya kebaikan sistem syariat Islam sebenarnya disedari oleh semua yang membaca sejarah kerana ia suatu yang praktis bukan teori atau khayalan.
Jika tidak masakan Yb Lim Guan Eng mahu menjadikan pentadbirannya mencontohi Khalifah Umar bin Abdul Aziz sedang beliau sendiri tidak pernah menemui khalifah itu.
13. Khalifah Umar bin Abdul Aziz melaksanakan syariat Islam justeru itulah ia mampu menonjolkan keadilan , ketelusan dan kesaksamaan dalam pentadbiran dan pemerintahannya .
Kehebatan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan kecemerlangan pentadbirannya adalah kerana beliau komited dengan perlaksanaan syariat Islam .
14. Sekiranya pemimpin DAP itu dalam satu masa mahu mencontohi Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan dalam satu masa lagi sebahagian pemimpin DAP menolak perlaksanaan syariat Islam yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz itu sebagai satu penyelesaian kepada barah sosial hari ini , maka saya kira ia satu kekeliruan yang besar malah dilihat tidak wajar dan ia kelihatan seperti retorik atau hipokrit .
15. Saya harap semua pihak tidak prejudis terhadap perlaksanaan syariat Islam termasuklah UMNO dan BN sendiri selaku pemerintah pada hari ini .
Islamlah satu - satu penyelesaian yang terbaik untuk konflik dan kemelut yang dihadapi oleh manusia kerana syariat Islam itu datang direct dari Allah Tuhan yang mencipta manusia .

Sumbangan PAS kepada Suruhanjaya Reid
Realitinya, mungkin ramai tidak pernah membaca Memorandum PAS Kepada Suruhanjaya Reid bertarikh 14 Julai 1956 dan Ulasan PAS Terhadap Peñyata Perlembagaan Reid bertarikh 2 Mei 1957. Kandungan daripada kedua-dua sumber itu dengan jelas menyentuh dan mengandungi lima syor yang antara lainnya agar dimasukkan asas kepentingan orang Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama yang menjadi panduan hidup bernegara. Justeru arkib sejarah ini adalah saksi mutlak peranan PAS sebagai pendesak pada masa itu sudah mengatasi Umno yang kononnya berjuang untuk merdeka, tetapi lena dengan ulikan penjajah dalam memperkasakan Melayu dan agama Islam.
Mungkin latar sejarah sebelum merdeka tiada dalam pengetahuan pensyarah tersebut yang memang dilahirkan oleh ibunya selepas negara merdeka. Tambah memilukan lagi, pensyarah yang sudah mendapat ruang kolum di dalam akhbar suara Umno itu sebenarnya tidakpun pernah diiktiraf sebagai ‘orang Umno’ tetapi ayat-ayat membodek Umno sudah terang mengalahkan menteri Umno. Namun sayang sekali ia tidak pernahpun memahami konteks luhur akidah apa yang diucapkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang dicetak oleh Omar Khalid yang sudah jadi orang kuat Umno lalu dibubuh tajuk “Amanat Haji Hadi”. Ini kerana loratnya pensyarah itu menulis mengaitkan PAS dengan kata kunci ‘perlembagaan-Reid-kafir’ itu semacam bersumberkan amanat tersebut. Namun ternyata beliau tersalah faham konteks luhur akidah kandungan yang dikatakan ‘amanat’ itu.
Bagi berlaku adil saya perturunkan apa yang dicetak oleh Omar yang pernah mendapat untung hasil jualan kaset ceramah pemimpin PAS. Cetakan itu dibaca seperti berikut:
“Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
“Percayalah saudara-saudara sekelian,
“Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.”
Persoalan di sebalik ‘amanat’ tersebut, adakah dengannya layaklah PAS dituduh kerjanya suka mengkafir? Di manakah pula konteksnya, PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir? Mungkin persoalan yang terbuku bagi pensyarah itu ialah pada hujah menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku agama suku’. Jika inilah butiran yang disandarkan lalu mengatakan kerjanya suka mengkafir, nyata sekali ia adalah tindakan yang lorat dan mendahului Majlis Fatwa Kebangsaan yang sudahpun mengadakan perjumpaan dengan Tuan Guru Haji Hadi dalam soal ini pada 1984, dan kesediaan untuk berjumpa lagi telah diulangi balik tahun 2001. Apa yang nyata, majlis itu hanya berpandangan ‘amanat’ yang dicetak secara petikan tanpa bukti sumber asal itu sebagai bertentangan dengan Islam. Namun tiada fatwa mengenainya.
Salah faham
Atas asas itu, semasa berbahas di parlimen tahun 2001, Tuan Guru Haji Abdul Hadi sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk memperbetulkan salah faham terhadap ‘amanat’ yang dicetak itu. Namun, tiada penegasan rasmi pihak majlis tersebut. Apakah dengan kekaburan akademik sedemikian cukup adil (fair and fairness) untuk menghukum bahawa kerjanya (dirujuk kepada PAS) suka mengkafir?
Natijahnya akidah seorang Muslim apabila menegas dan mengamalkan serta menyakini bahawa di dalam Islam tidak ada sistem politik, atau menganggap urusan politik suku urusan agama suku, atau juga mengadakan peraturan yang melarang bercakap agama semasa berpolitik dan melarang bercakap politik semasa bercakap agama, lalu menyimpulkan bahawa politik suku agama suku; apakah akidah Muslim sedemikian luhur dengan akidah Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad? Sedangkan sunah baginda ketika berkuasa di Madinah adalah “pemerintahan negara itu hendaklah ditadbir dengan agama dan agama yang menjadi panduan bernegara.” Demikian pula, di manakah untuk menyesuaikan fekah bernegara (siasah syar’iyyah) “iqamatiddin wa siasatudunyabih” yang mengarahkan pemerintah menjalankan urusan memakmurkan agama dan menjadikan agama sebagai panduan mentadbir? Apa yang jelas, kesan daripada hujah pemimpin PAS bahawa tidak boleh memisah-misahkan politik dengan agama (tidak berlaku sama sekali atas nama Islam, politik suku agama suku), maka pemimpin negara dan sebahagian besar penyokong Umno sudah menerimanya sebagai benar belaka! Justeru, apa yang diungkap mengenai politik suku agama suku, bukannya frasa yang sah untuk mengaitkan parti PAS sebagai kerjanya suka mengkafirkan orang.
Akhirnya, sayugia kebenaran itu tetap benar, maka mengenali perjuangan benar hanya atas petunjuk agama. Tiada kebenaran atas semata-mata kekuatan akal fikiran, melainkan rahmah dan karomah dari Allah jua mengatasi segala akal fikiran. Kembalinya kepada panduan al-Quran, bertunaslah akidah yang luhur bagi menilai mana yang benar dan mana yang palsu.

Thursday, March 4, 2010
Salam kembaliiiiiiiiiiiiiiiiiiii
assalamualaikum kepada semua....yang dikasihi saudara dan saudari pembaca atau pemerhati blog YANG DIKATAKAN MANUSIA......sUDAH lama ana tak menulis barang sesuatu maklumat atau perkembangan muktahir ini...kesibukan masa membataskan ditambah pula masalah teknikal (wireless) yang memeberontakkan jiwa...Allhamdulillah ana dapat kembali lagi dengan izin Allah swt memberi kekuatan meng sign in semula ke blogger ini....hmmm Sbagai perkongsain tika ini ana ingin mencoret kan beberapakisah peristiwa yang terdekat...antaranya umat islam seluruh duniia baru menyambut kedatangan 12 rabiulawal ,ia merupakan tarikh keramat bagi umat Islam ,hari keputeraan nabi Muhammad Saw.ia bukan sekadar sambutan perarakan pada siang hari atau program cemarah pada malam hari dan berlalu sahaja tanpa mendatangkan kesan pada umat masyarakat.adakah mengingati rasullah semacam bermusim????kalau itu lah ukuran tanda kita kasihkan nabi ia tidak cukup lagi....sambutan seperti itu lebih mirip kepada sambutan yg dibuat oleh abu jahd ketika nk sambut kelahiran nabi,die iingat kelahiran anak sedara yang teersayang dapat meneruskan kesinambugan generasi kafir quraish tetapi malang nye anak sedaranya menjadi penentang yang hebat kepada beliau dengan membawa ajaran Islam iaitu menyembah allah yang satu daripada menyembah berhala.........insyallah ana akan bersambungg.....salammmmmmmm
Wednesday, January 13, 2010
JAWATAN KOSONG
PERMOHONAN ADALAH DI PELAWA BAGI MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN
MAKMUM SOLAT JEMAAH LIMA WAKTU
PENDAPATAN LUMAYAN = 27 KALI GANDA PAHALA 5 X SEHARI
ELAUN PERJALANAN = 1 LANGKAH KE MASJID/SURAU = 1 PAHALA DAN TERHAPUS SATU DOSA
BONUS BULANAN/MINGGUAN = KHUTBAH JUMAAT,KULIAH MAGHRIB DAN KULIAH SUBUH
BALIGH, LELAKI DAN PEREMPUAN ,TIDAK GILA DAN UZUR SYAR’IE
DI MASJID DAN SURAU BERDEKATAN KEDIAMAN ANDA WAKTU/MASA SUBUH,ZOHOR,ASAR,MAGHRIB,ISYAK.
TARIKH TUTUP
SEBELUM MATI ATAU TIBA HARI KIAMAT

Tuesday, December 15, 2009
GARIS PANDUAN HIBURAN YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM
MUQADDIMAHAntara matlamat utama manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepada Nya seperti yang firmankan oleh Allah dalam surah Az Zariyyat ayat 56 yang bermaksud :
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT.
TUJUAN
Tujuan garis panduan ini disediakan adalah untuk memberi panduan kepada para penganjur hiburan agar program hiburan yang dijalankan tidak menyalahi syara’ dan tersasar dari tujuan beribadah kepada Allah SWT.
ISLAM DAN HIBURAN
Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan nyanyian asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi hukum-hukum syara’.
GARIS PANDUAN MENGADAKAN ACARA KONSERT / PERSEMBAHAN DAN HIBURAN DALAM ISLAM
1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.
Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa yang meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya :
"Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan (15) Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa (16).
( Taaha : 15-16)
2- Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.
ما من إمرىء مسلم تحضره صلاة مكتوبة فيحسن وضوءها, وخشوعها وركوعها، إلا كانت كفارة لما قبلها من الذنوب، مالم تؤت كبيرة، وذلك الدهر كله.
Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku'nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya.
( HR Muslim)
3- Tidak ada muzik / nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan lagho seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa.
Oleh itu nyanyian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut :
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya,
( Al Qasas : 55)
إن الله كتب على ابن آدم حظّه من الزنا أدرك ذلك لا محالة. فزنا العين النظر وزنا اللسان النطق والنفس تتمنى وتشتهى والفرج يصدق ذلك أو يكذبه.
Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya.
(HR Bukhari dan Muslim)
4- Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.
5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram.
Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat :
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.
( Al A'raf : 26)
Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka :
إن مِن أهل النارِ نساءً كاسِياتٍ عارياتٍ مائلاتٍ مُميلاتٍ لا يدخُلْنَ الجنةَ ولا يَجِدنَ ريْحَهَا
Sebahgian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.
(HR Muslim)
إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة فقد حل بها البلاء ... منهن.... واتخذت القينات والمعازف
الراوي: علي بن أبي طالب - خلاصة الدرجة: [إسناده صحيح أو حسن أو ما قاربهما] - المحدث: المنذري - المصدر: الترغيب والترهيب - الصفحة أو الرقم: 4/75
Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik). …
(HR Tarmidzi)
6- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama / lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.
Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini:
لأن يطعن فى رأس أحدكم بمحيط من حديد خير له من أن يمس امرأة لا تحل له
Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh. (adab pergaulan dalam islam, dr rokiah)
(HR Baihaqi)
7- Penyanyi tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda. Firman Allah SWT :
Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
(Al Ahzab : 32)
Dan Rasulullah SAW juga bersabda :
عن أبي مالك الأشعري قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ليشربن الناس من امتي الخمر يسمونها بغير اسمها يعزف على رؤوسهم بالمعازف والمغنيات يخسف الله بعم الارض ويجعل منهم القردة والخنازير.
Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda; Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.
(HR Ibnu Majah)
PERINGATAN
Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia. Allah SWT berfirman dalam surah Al Lukman ayat 6 yang bermaksud :
“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan”.
Bertitik-tolak dari itulah, satu garis panduan berkenaan hiburan disusun supaya kehalusan seni hiburan yang digariskan Islam itu dapat direalitikan.
KESIMPULAN
Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa disamping mematuhi adab-adab Islam. Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari pemuzik dan penggiat seni Muslim supaya membentuk industri hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang beracukan penetapan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul SAW.
Kenapa Orang ISLAM/Melayu Makan Dengan Tangan ?]
Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.
Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?
Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke- 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.
Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.
Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?
Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:
"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:
Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.
Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!
Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....
"Adab-adab Memilih Sahabat"
Antara panduan memilih sahabat
1- Hendaklah memilih sahabat yang TAK MALAS2- TAK PENTINGKAN DIRI SENDIRI
3- IKHLAS
4- BERAKHLAK MULIA & TAAT KEPADA AGAMA
5-BERSAMA2 DI WAKTU SUSAH & SENANG
6- RAJIN & MAHU DIAJAK BERBINCANG
7- Pilihlah sahabat yang MUDAH MEMAAFKAN KESALAHAN ORG LAIN
8- Bersifat RENDAH DIRI & TIDAK SOMBONG
9- Sering MENGINGATKAN DIRI KEPADA ALLAH & PERKARA BAIK
10- XSUKA BERDUSTA & XJUJUR
Monday, December 7, 2009
Friday, December 4, 2009
RASA MALU

Sungguh beruntung orang-orang yang memiliki rasa malu. Islam telah memberikan tempat yang mulia bagi perasaan malu. Semaklah beberapa hadis berikut:
Salim bin Abdullah dari ayahnya, mengatakan bahwa Rasulullah S. A.W. lewat pada seorang Anshar yang sedang memberi nasihat (dalam riwayat lain: menyalahkan) saudaranya perihal malu. (Ia berkata, “Sesungguhnya engkau selalu merasa malu”, seakan-akan ia berkata, “Sesungguhnya malu itu membahayakanmu.”) Lalu, Rasulullah S.A.W.. bersabda, “Biarkan dia, karena malu itu sebagian dari iman.” (Shahih Bukhari)
Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Nabi S.A.W. bersabda, “Iman itu ada enam puluh lebih cabangnya, dan malu adalah salah satu cabang iman.” (Shahih Bukhari)
*Diriwayatkan oleh Muslim dan lainnya dengan lafal Sab’uuna ‘tujuh puluh’, dan inilah yang kuat menurut pendapat saya, mengikuti pendapat Al-Qadhi Iyadh dan lainnya, sebagaimana telah saya jelaskan dalam Silsilatul Ahaditsish Shahihah (Muhammad Nashiruddin Al-Albani, -red)
Luar biasa kan, bahwasanya rasa malu itu bahkan di masukkan ke dalam salah satu bagian dari keimanan.
Dan yang lebih luar biasa lagi adalah bahwasanya Rasulullah saw, sang teladan terbaik umat manusia, juga memberikan keteladanan dalam urusan rasa malu.
Nabi S.A.W. lebih malu daripada seorang gadis dalam pingitannya. (HR Bukhari)
Hmmm.., lalu apakah rasa rasa malu yang kita miliki bisa menghambat kita dari pengembangan diri, dari tampil di muka umum, dari memberikan koreksi terhadap orang lain, atau dari kebaikan-kebaikan yang harus dilakukan dengan kepercayaan diri (PD), dan terkadang kita masih belum terlalu PD atau masih suka sering salah, seperti misalnya, berbicara di forum formal, forum massal, atau aktivitas yang terlihat orang?
Sesungguhnya bukan itu rasa malu yang sedang kita bicarakan. Rasa malu yang sedang kita bicarakan adalah perasaan malu untuk berbuat kemaksiatan, perasaan malu terhadap Allah, dan perasaan malu kalau tidak berbuat kebaikan. Nah, itulah rasa malu yang sebenarnya.
Kalau dalam konteks rasa malu untuk tampil di depan umum, belum percaya diri, grogi, takut salah, dll, maka mungkin itu lebih tepat digolongkan ke dalam rasa minda.
Karena sesungguhnya rasa malu itu punya tempat, dan rasa malu yang baik itu pasti kan membawa kebaikan bagi pemiliknya.
Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi S.A.W.. pernah bersabda: Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan. (Shahih Muslim)
Jadi, jangan pernah malu jika mau berkembang, belajar, ataupun bertanya, meskipun untuk hal-hal yang terdengar sepertinya “tabu” jika harus diungkapkan di forum umum.
Semak kesaksian ibunda kaum muslimin ketika berbicara mengenai keutamaan wanita-wanita Anshar, yang menyatakan bahwa (kurang lebih), sebaik-baiknya wanita adalah wanita Anshar, rasa malu yang mereka miliki tidak menghalangi mereka dari memperdalam agama.
Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata: Seorang wanita bertanya kepada Nabi SA.W.. tentang cara wanita mandi wajib dari haid? Hadis berkata: Kemudian Aisyah menjelaskan bahwa beliau mengajarkannya cara mandi. (Di antara sabda beliau): Engkau ambil kapas yang diberi misik, lalu bersihkan dengan kapas itu. Wanita itu berkata: Bagaimana cara membersihkannya? Beliau bersabda: Maha suci Allah! Bersihkan saja dengan kapas itu. Dan beliau bersembunyi. (Sufyan bin Uyainah memberi isyarat tangan kepada kami pada wajahnya). Hadis melanjutkan: Aisyah berkata: Aku tarik wanita itu mendekati aku. Aku tahu apa yang diinginkan Nabi saw, lalu aku berkata kepadanya: Bersihkan bekas darah haidmu dengan kapas itu. (Shahih Muslim)
Semak pula pertanyaan seorang muslimah yang sedang bertanya mengenai hal (sangat mungkin) berasal dari pengalaman pribadinya.
Hadis riwayat Ummu Salamah r.a., ia berkata: Ummu Sulaim datang kepada Nabi saw. lalu berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran. Apakah seorang wanita wajib mandi jika bermimpi? Rasulullah saw. bersabda: Ya, apabila ia melihat air (mani). Ummu Sulaim berkata lagi: Wahai Rasulullah, apakah wanita juga bermimpi? Beliau bersabda: Beruntunglah engkau. (Kalau tidak demikian), dari mana anaknya mirip dengannya. (Shahih Muslim)
Imam Ali r.a pun memiliki rasa malu, namun rasa malunya tidak menghalanginya dari mencari kejelasan dalam urusan agamanya, lihatlah bagaimana ia dengan cermat mengambil keadah untuk mengatasi rasa malunya.
Hadis riwayat Ali r.a., ia berkata: Aku adalah lelaki yang sering keluar mazi dan aku malu bertanya kepada Nabi S.A.W., karena posisi putri beliau. Lalu aku menyuruh Miqdad bin Aswad. Miqdad lalu menanyakan hal itu kepada beliau. Beliau bersabda: Hendaknya ia membasuh kemaluannya lalu berwudu. (Shahih Muslim)
Jadi, intinya, milikilah rasa malu, karena rasa malu itu memiliki keutamaan yang tinggi dalam Islam, sehingga akhirnya rasa malu itu bisa menghalangi kita dari berbuat dosa maupun kemaksiatan. Namun, tempatkan rasa malu itu pada koridornya yang benar, untuk beberapa hal, menjadi seorang yang pemalu itu tidak tepat, contohnya ketika ingin menuntut ilmu, ataupun ketika kita akan berbuat kebaikan, karena sesungguhnya rasa malu itu membawa kebaikan.
Wallahu ‘alam.
Ikhlaskah amalan anda ?
“Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan” (Q.s. Al-Furqan: 23).
Siapapun kiranya tidak berharap dirinya melakukan sesuatu yang sia-sia. Pasti berharap ada hasil yang baik. Namun kadangkala sebahagian orang terjebak dalam melakukan perbuatan yang sia-sia seumur hidupnya, kerana kelalaian. Kelalaian juga bisa merambah kawasan ibadah atau amalan kebaikan, sehingga tidak ada makna dan hasilnyatidak ada lain kecuali rasa lelah.
Sia-sianya suatu amalan seseorang, menurut Rasulullah, adalah bila dilakukan dengan niat yang bukan ikhlas kerana Allah. Memang sulit mengukur ikhlas tidaknya niat seseorang , tapi biasanya niat akan memberi kesan baik pada perilaku seseorang. Bila seseorang ikhlas melaksanakan sembahyang, maka ia akan sentiasa terlihat seperti baru saja bertemu dengan Allah. Ia baru saja bertemu dengan Sang Pengingat untuk sentiasa hidup baik dan bermanfaat, menjaga silaturrahim, menjauhi, mencegah kejahatan, dan sebagainya.
Ada ketulusan ketika mengucapkan, “(Ya Allah) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Jalan (yang telah ditempuh oleh) orang-orang yang engkau beri nikmat. Bukan jalan orang-orang yang Engkau beri azab dan orang-orang sesat“ (Q.s. Al-Fatihah: 6-7). Ucapan ini meresap ke seluruh tubuh, menggetarkan sanubari.
Namun tidak demikian dengan orang-orang yang tidak ikhlas. Setiap ibadah yang dilakukannya, jika ada, tidak memberi kesan positif kepada perilakunya. Sembahyang hanya di atas sajadah. Setapak di luar sajadah, perilakunya sudah berubah. Itulah tanda-tanda amalan yang tak ikhlas dan tentunya sia-sia

Tuesday, December 1, 2009
CATATAN SEPANJANG BALIK BERCUTI SEMPENA HARI RAYA EIDULADHA
SEKITAR MAJLIS KORBAN DI MARKAS CHANGKAT IBOL 30HB
JENIS HIDANGAN WOW AIR ASAM DGAN SUP TULANG
MUSLIMAT PON X KETINGGALAN
DOK AGIH DAGING
DOK AGIH DAGING
29hb GELANGANG FUTSAL BUKIT GANTANG(malam)
KEJOHANAN FUTSAL anjuran PEMUDA PAS BUKIT GANTANG
KEJOHANAN FUTSAL anjuran PEMUDA PAS BUKIT GANTANG
27hb MALAM majlis tahlil surau kg Tengah
Petang 28hb gotong royong masak
27hb di masjid Al ahmadi Changkat ibol
selepas solat Jumaat majlis tahlil
lepas tahlil ziarah jemaah yang sakit
27h pAGI solat sunat eidul adha di surau kg Tengah
Wednesday, November 25, 2009
SALAM EIDUL ADHA
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL ADHA UNTUK SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.....................BERKORBAN APA SAJA UNTUK ISLAM KERANA ALLAH S.W.T
Monday, November 16, 2009
Saturday, November 14, 2009
SEPULUH WASIAT AS-Syahid Imam Hassan Al-Banna
Bacalah — Renungilah — Kemudian - Terus Beramal
(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan
sekalipun.
(2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun. amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.
(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).
(4 Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.
(5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
(6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh sungguh dalam setiap perkara.
(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
(8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.
Friday, November 13, 2009
AWAS!!!!!
Al-Quran buatan AMERIKA
Email : kahar jalil di ambil dari blog cina islam
Jangan abaikan ini, sebarkan ke semua muslim
UNTUK PERINGATAN BERSAMA..
surah al-baqarah
[120] Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.
WASPADA !!!
Al-Qur'an Palsu buatan Amerika
Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya dan sedang didistribusikan di kuwait , berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan; 'Omega 2001' dan 'Wine Press'. Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Inggris, sekarang kabarnya didistribusikan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah2 berbahasa Inggris di sana . Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil. Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristen tentang tiga tuhan. Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu istri dianggap perbuatan Zina, penceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM. Buku yang sangat menyesatkan.
Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim sedapat kita tentang pemberitaan ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang jahat, mendustakan Agama Allah SWT.
Contoh: Cover

The Blessing - Al Basmalah

The Opening - Al Fateha

Mudah2an Allah s.w.t. melaknat orang/kelompok yang mencuba menghancurkan Islam. Amin......

Subscribe to:
Posts (Atom)