Friday, October 16, 2009

15 perkara yang mendatangkan bala

15 perkara yang mendatangkan bala

Daripada Ali bin Abi Thalib ra Rasulullah SAW bersabda
“Apabila umatku telah membuat 15 perkara maka bala akan turun kepada mreka iaitu;

1. Apabila harta Negara mengalir ketangan orang tertentu sahaja
2. Amanah di anggap satu keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami tunduk kepada isterinya (takut)
5. Anak derhaka kepada ibunya
6. Mentaati kawan yang terpesong dari kebenaran
7. Membenci ayah
8. Suara ditinggikan di dalam masjid
9. Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya
10. Orang dimuliakan kerana kejahatanya
11. Minum arak berleluasa
12. Para artis disanjung-sanjung
13. Semakin ramai lelaki memakai sutera
14. Pemainan muzik dimerata-rata
15. Umat akhir zaman ini sewenang-wenangnya mengutuk umat-umat terdahulu termasuk para sahabat ,tabien dan imam muktabar




Sabda Rasulullah SAW
“Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akn meminum arak dan meraka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak).Mereka meminumnya sambil dialunkan daengan bunyi muzik dan suara suara artis-artis.Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi(gempa bumi) dan akan menjadikan mereka kera dan babi(setelah mati)(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Daripada Anas bin Malik ra,Rasulullah SAW bersabda
“Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah hanpirnya hari Qiamat itu,berlaku banyak kematian manusia secara mendadak(Hadis Riwayat Thabrani)

Daripada Abu Hurairah ra, Rsulullah SAW bersabda
“Tidak akan datang Hari Qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi” (Hadis riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda
“Sebelum berlakunya hari Qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu belakulah bertahun-tahun gempa bumi” (Hadis riwayat Ahmad)

No comments: