Friday, October 16, 2009

Pengertian dosa

PENGERTIAN DOSA
1. MAKSUD DOSA
• Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhannya

2. FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MANUSIA MELAKUKAN DOSA
• terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat
• ingin hidup bebas tanpa batasan agama
• sikap angkuh dan sombong kerana harta dan pangkat

3. JENIS-JENIS DOSA
i) DOSA BESAR
• Maksud
 Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat
• Contoh
 Minum arak, berzina, membunuh
 Mengumpat dan derhaka kepada ibu bapa
• Akibat buruk jika melakukan dosa besar
 Dikenakan hukuman kisas, hudud dan takziz
 Menerima seksa neraka jika tidak bertaubat
ii) DOSA KECIL
• Maksud
 Kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat
• Contoh
 Melihat aurat bukan muhram
 Bercakap perkara yang tidak memberi faedah
• Akibat buruk jika melakukan dosa kecil
 Jika dilakukan secara berterusan boleh menjadi dosa besar

CONTOH-CONTOH DOSA BESAR
i) MENGHINA DAN MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA
ii) MENIPU DAN BERBOHONG
iii) MENCURI DAN MEROMPAK
iv) RIBA'
v) MAKAN HARTA ANAK YATIM
vi) LARI DARI MEDAN PERANG
vii) MENGUMPAT DAN MEMFITNAH
viii) MINUM ARAK DAN MENAGIH DADAH
ix) ZINA
x) MENUDUH PEREMPUAN BAIK MELAKUKAN ZINA
xi) LIWAT DAN MUSAHAQAH
xii) MEMBUNUH DIRI

No comments: